Pulang ke kampung dan mengunjungi rumah sanak saudara ketika menyambut lebaran sememangnya dinanti-nantikan.
Tidak kira sama ada destinasi anda jauh mahupun dekat, aspek keselamatan perlu diutamakan. Ikuti tip yang perlu diambil peduli khusus buat yang memandu nanti.
1. Rancang perjalanan
Sebelum memulakan perjalanan pulang ke kampung, anda dinasihatkan untuk merancang perjalanan terlebih dahulu. Ikuti perkembangan trafik terutamanya waktu yang sesuai untuk keluar rumah. Dengan cara ini anda dapat mengelak kesesakan lalu lintas.
2. Ikut had laju ditetapkan
Ramai yang melanggar nasihat ini kerana terburu-buru mengejar masa. Namun, had laju yang ditetapkan perlu diikuti kerana ia membantu mengelakkan berlakunya kemalangan malah dapat mengelak perangkap had laju dan saman.
3. Pastikan berada di jarak selamat
Elak mengekori kenderaan terlalu rapat terutamanya ketika jalan basah atau hujan kerana ini boleh menyebabkan kemalangan jika tidak sempat menekan brek. Ingat, lorong kecemasan hanya untuk kenderaan rosak bukan alternatif memotong kenderaan lain.
4. Periksa kenderaan sebelum perjalanan
Pastikan brek, tayar, lampu, pengelap cermin depan kereta dan sebagainya berada dalam keadaan baik. Anda juga perlu membawa alat kelengkapan yang berguna jika ada kecemasan dan kerosakan kecil ketika perjalanan.