Tahun ini, Datuk Sri Bernard Chandran kembara ke era gaya 50an, 60an dan 70an untuk himpunan Petang Raya 2017.
“Saya seperti time traveller dan kembali ke era ini yang menyaksikan kita lebih terbuka, fun dan positif dengan free spirited vibe. Saya banyak mendapat inspirasi daripada selebriti Melayu nan ikonik seperti Mariam Ismail, Saloma, Saadiah dan juga Rahimah Alias yang merupakan ‘Faye Dunaways’ untuk dunia kita,” kata Bernard.
Dalam kembaranya ke era tersebut, Bernard turut menggabungkan gaya tersebut bersama trend fesyen hari ini dengan mendekati elemen retro pada rekaan kurung.
Cetak grafik 70an dan mainan tekstur juga potongan era 50an dan 60an memberikan sentuhan ‘nouveau’ yang moden dan kebebsan gaya yang terus mencabar sempadan fesyen.
Koleksi kali lebih kontemporari dalam menghargai wanita yang aktif mengembara, Bernard memperkenalkan Sport Kurung, Sarong Pant, ‘Baju Kedah’ dan ‘Fish Tail’ juga Kaftan aerodinamik.
Tidak dilupakan koleksi Baju Melayu buat lelaki yang membiaskan semangat youthful dan vibrant dengan menggabungkan elemen sukan, sementara mencipta kesempurnaan fesyen mewah dan tradisi.