Perkara yang paling menjengkelkan adalah pabila waktu berbuka bakal tiba tetapi masih ketiadaaan idea untuk menu santapan. Resipi pulut kuning ini pastinya buatkan sesi berbuka anda sekeluarga lebih menyelerakan.
Bahan-bahan :
2 cawan (400 g) pulut
20 g kunyit, buang kulit dan hiris
2 keping asam keping
3 – 4 daun pandan,simpul
Adunan Santan :
100 ml santan pekat
100 ml air panas
1 ¼ sudu teh garam
100 g California Natural Raisins
- Cuci pulut sehingga bersih. Masukkan ke dalam mangkuk bersama air (anggaran 1 sm daripada paras pulut.)
- Masukkan kunyit bersama 1 cawan air ke dalam pengisar. Kisar sehingga lumat. Tapis dan masukkan air kunyit ke dalam pulut. Letak semula sisa lebihan kunyit ke dalam pengisar dan kisar lagi bersama ½ cawan air. Tapis semula dan tuangkan lagi ke dalam pulut – air kunyit perlu anggaran 2sm daripada paras pulut. Buang sisa kunyit.
- Masukkan asam keping dan rendam bersama pulut selama 2 jam. Sejat air kunyit, buang asam keping dan bilas beras dengan air. Berhati-hati supaya beras pulut tidak patah. Tapis bilasan pulut dan masukkan dalam bekas tahan panas.
- Panaskan air dalam pengukus. Pabila air mendidih, kukus pulut selama 15 minit. Sementara itu, satukan santan, air dan garam dalam mangkuk adunan. Pindahkan pulut ke dalam adunan santan dan kacau sehingga semua santan meresap.
- Masukkan semula pulut ke dalam pengukus dan kukus selama 20 minit lagi. Tambah kismis lima minit terakhir sebelum pulut masak.
- Pilih acuan kek yang mempunyai lubang di bahagian tengah. Alas dasar acuan dengan plastik atau pembalut melekat. Masukkan pulut dan ratakan mengikut acuan ketika ia masih panas. Keluarkan daripada acuan dan isi bahagian tengah dengan rendang atau serunding sebelum menghidang.