T.O.P Big Bang ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri akibat pengambilan ubat kemurungan secara berlebihan dan bukannya akibat dadah.
YG Entertainment mengesahkan yang mana T.O.P telah dijumpai tidak sedarkan diri dan kemudiannya telah digegaskan ke hospital. Berita ini tersebar selepas berita yang mana T.O.P telah disingkirkan dari latihan khidmat ketenteraan akibat penyalahgunaan dadah jenis marijuana.
Ia sedikit sebanyak telah menimbulkan spekulasi yang mana bintang K-pop itu tidak sedarkan diri akibat dadah, sedangkan T.O.P sebenarnya telah mengambil ubat kemurungan secara berlebihan.
Sumber dari YG Entertainment menyatakan, “T.O.P telah dimasukkan ke dalam Unit Rawatan Rapi (ICU) dan kini sedang dirawat dengan sebaiknya. Dia biasa mengambil ubat penenang tetapi menurut pihak polis kali ini dia mengambil lebih dari kebiasaan. Kami masih lagi sedang menunggu berita sama ada dia sudah sedar atau pun belum. Nantikan berita selanjutnya.”
Namun, wakil dari pihak polis menafikan yang mana T.O.P sebenarnya bukan tidak sedarkan diri. Akibat kandungan pil tidur yang terkandung di dalam ubat penenang yang diambilnya, dia hanya tertidur dengan nyenyak.
“Laporan yang mengatakan dia tidak sedarkan diri adalah tidak benar sama sekali. Ubat penenang yang diambilnya mengandungi bahan pil tidur, jadi dia hanya tertidur. Dia telah pun menjalani ujian air kencing dan darah serta imbasan CT, keputusannya adalah normal. Keputusan itu turut telah disampaikan kepada pihak keluarganya. Doktor menjangkakan yang mana T.O.P akan kembali sedar dalam masa satu ke dua hari pabila bahan pil tidur itu mula pudar dan kemudian dia boleh kembali ke rutin harian seperti biasa,” ujar pihak polis.
T.O.P sebenarnya telah lama mengambil ubat kemurungan itu akibat gangguan panik, tekanan perasaan dan insomnia. Namun kali ini berikutan kes penglibatannya dengan dadah, ia seakan membuatkan bintang ini menjadi lebih murung.
Baru-baru ini, T.O.P atau nama sebenarnya Choi Seung-Hyun sempat menulis surat buat peminat.
“Saya Choi Seung-Hyun. Pertama sekali, saya ingin meminta maaf kerana telah mengecewakan anda semua kerana kesalahan besar yang saya lakukan. Saya sangat malu terhadap diri saya sehinggakan tidak berani untuk berdiri di hadapan anda semua memohon maaf. Saya tiada sebarang alasan dan saya sangat menyesal, jadi saya dengan telitinya menulis dan meluahkan perasaan saya dengan kata-kata ini. Ahli kumpulan saya, agensi dan orang awam serta peminat yang sentiasa menyokong saya dan juga keluarga, saya telah meninggalkan parut yang tidak boleh dihilangkan dalam semua hati, jadi saya percaya yang saya sememangnya patut dihukum. Hati saya hancur dan saya juga malu terhadap diri sendiri. Saya akan merenung dan memikirkan kesalahan yang saya lakukan setiap masa. Saya tidak akan sekali mengulangi kesilapan itu lagi. Sekali lagi, saya mohon maat kerana tidak dapat meminta maaf kepada semua orang secara berhadapan. Saya mahu bertaubat atas kesalahan yang saya lakukan,”luahnya menerusi tulisan tangan.