Pupur buih dioles pada muka dan dibiarkan 10 ke 15 minit sebagai alternatif baharu kepada pupur biasa.
Khabarnya trend ini hangat di Korea sejak tahun lalu, dan dikenali juga sebagai oxygen masks atau foam masks. Orang Korea memang rajin melakukan kajian kecantikan, dan tidak hairan ramai wanitanya disiplin dengan 10 langkah aplikasi produk.
Melihatkan gambar-gambar orang-orang yang sudah mencuba pupur buih ini agak melucukan namun rata-rata menyatakan ia satu pengalaman menarik dan ramai antara mereka berpuas hati dengan hasilnya.
Diperbuat daripada serbuk arang, pupur ini bertindak balas dengan udara dalam membersihkan kulit lebih mendalam dan juga melakukan proses pengelupasan. Serbuk arang yang diaktifkan pula bertindak menyingkirkan sel-sel kulit mati. Pupur atau masks ini perlu dibiarkan selama 10 hingga 15 minit sebelum dicuci dengan air.