Ini tidak bermaksud yang wanita boleh berlaku curang dalam sesebuah perhubungan. Sebenarnya, masing-masing perlu jujur dan cuba bertolak ansur supaya segalanya baik sahaja.
Curang sebenarnya boleh menghancurkan kepercayaan dan harapan sesebuah perhubungan. Apatah lagi jika ia berlaku dipertengahan hubungan yang sudah menjangkau usia bertahun-tahun.
Ramai orang tidak boleh henti berfikir apakah sebabnya seseorang itu berlaku curang. Bahkan, mereka sering menyalahi diri sendiri. Sudah pastinya dalam sesebuh perhubungan akan ada situasi di mana pasangan berbuat sesuatu yang menyakitkan hati atau mungkin pertengkaran yang sehinggakan mereka meluahkan masalah pada seseorang dan akhirnya berlaku curang.
Wanita yang berlaku curang (lelaki juga banyak yang berbuat sedemikian) selalunya disebabkan isu yang ada diri sendiri. Di sini EH! senaraikan tujuh sebab sebenar wanita curang.
1. Kurang keyakinan diri
Boleh kata wanita mungkin berlaku curang dek kerana kurang keyakinan diri dan disebabkan itu mereka merasakan yang mereka memerlukan lebih perhatian dari si dia untuk meningkatkan daya keyakinan diri. Tetapi ini bukan bermakna yang anda boleh jadikan ia satu alasan yang si dia punca anda berlaku curang sedangkan diri sendiri yang perlu ubah cara kita sendiri.
2. Cepat bosan
Sesetengah wanita yang berlaku curang adalah disebabkan cepat bosan dengan sesebuah perhubungan. Mungkin mereka terlalu penat secara dalaman, kurang memuaskan di tempat kerja, tertekan dengan situasi sesebuah hubungan yang menyakitkan, pada masa yang sama faktor peningkatan usia atau tanggungjawab yang dipikul terlalu membebankan, ia membuatkan wanita cenderung untuk berlaku curang. Apatah lagi pabila berasakan diri jiwa kosong akibat kurang perhatian.
3. Romantis
Wanita sukakan perkara yang romantik. Mungkin tidak semua, tetapi boleh kata majoriti wanita sukakannya. Pabila sesebuah ikatan yang terjalin seakan tiada satu perkara yang istimewa lagi baginya, wanita cenderung untuk berganjak ke sebuah hubungan yang lain, apatah lagi jika seseorang yang baru dikenali itu punya ciri-ciri yang lebih romantis, pastinya ia membuatkan kes curang berlaku.
4. Gangguan dari pasangan yang bermasalah
Salah satu sebab yang paling ketara adalah pabila pasangan tidak kira lelaki atau perempuan terlibat dalam penyalahgunaan dadah atau kaki mabuk. Dan disebabkan perkara itu, wanita atau lelaki akan berlaku curang demi untuk menyelamatkan diri.
5. Sifat obses pada sesuatu
Atau mungkin juga sebab si dia mengambil dadah atau obses akan perhatian ramai, membeli-belah, atau judi. Jika ada petanda sifat obses sebegini, ia juga boleh berlaku disebabkan masalah penyakit mental.
6. Krisis di pertengahan usia atau masalah hormon
Masalah krisis dipertengahan usia mampu merosakkan sesebuah hubungan. Ditambah pula dengan masalah hormon yang berlanjutan, ia membuatkan tekanan perasaan menjadi-jadi sehinggakan sifat curang itu semakin teruk.
7. Perasaan diabaikan
Jika pasangan kepada seseorang wanita itu sering mengabaikannya dan kurang memberikan perhatian kepadanya, wanita akan lebih cenderung untuk mencari orang lain demi mencari seseorang yang lebih bersifat intimasi.