Gara-gara soalan yang diutarakan oleh aktres jelita, Nur Fathia kepada Tun Mahathir dilihat seakan merapu, aktres terkenal tanah air ini dikecam teruk oleh netizen.
Fathia kali ini diberi peluang menjadi moderator untuk sebuah sesi Facebook Live bersama mantan Perdana Menteri Malaysia iaitu Tun Dr.Mahathir Mohamad.
Namun, sesi wawancara bersama tokoh terkenal dunia ini dihujani dengan kritikan pedas oleh penonton-penonton rakaman FB Live #CheDetJawab itu. Ia bersiaran secara langsung menerusi laman Facebook rasmi milik Tun M.
Sesetengah netizen beranggapan yang mana soalan yang dikemukakan oleh Fathia seakan soalan ‘budak sekolah’ dan ada juga yang menyatakan yang mana pelakon popular ini tidak membuat sebarang kajian atau soal selidik terlebih dahulu sebelum beraksi sebagai moderator.
Namun, semestinya Fathia yang mana pernah melanjutkan pelajaran dalam jurusan undang-undang sebelum ini di Universiti Teknologi Mara mempunyai pendapatnya sendiri berhubung kritikan pedas ramai terhadap dirinya.
https://www.instagram.com/p/BVY4O0dhFWL/?taken-by=fatiyalatiff