Pelakon popular, Mawar Rashid telah dilamar oleh kekasihnya iaitu Raf Yaakob dengan momen yang cukup romantis.
Menerusi laman Instagram milik Raf, adik kepada Datuk Fazley Yaakob itu telah memuat naik sekeping gambar dirinya sedang melamar Mawar di sebuah rumah yang masih dalam proses pembinaan.
Kediaman itu dikatakan rumah yang dibina untuk pasangan ini tinggal bersama selepas mereka berkahwin kelak. Tarikh sebenar lamaran Raf kepada Mawar itu adalah pada 7 Jun yang lepas.
Gambar tersebut menunjukkan Raf sedang melutut di hadapan Mawar sambil menghulurkan sebentuk cincin serta dikelilingi kelopak bunga ros. Bukan itu sahaja, Raf turut menyusun ayat “Will You Marry Me” yang menggunakan kelopak bunga tersebut.
Dari situ, terserlah jiwa romantik Raf yang kemudiannya mendapat jawapan gembira daripada Mawar sebagai tanda menerima lamaran itu. Mawar turut memuat naik gambar yang sama dengan kapsyen mensyukuri segala usaha Raf itu untuk melamarnya.
https://www.instagram.com/p/BV7bh8ghT1h/?taken-by=mawarashid&hl=en
Sebelum ini. Mawar turut pernah membuat kenyataan yang mana dia menerima Raf dengan seadanya meskipun statusnya bergelar duda anak dua. Baginya, Raf merupakan seorang lelaki yang bersifat penyayang lebih-lebih lagi terhadap anak-anaknya dan dari situ dia yakin yang Raf mampu untuk menjadi seorang ketua keluarga yang baik.
“Mawar nampak dia ada ciri-ciri lelaki yang Mawar impikan. Semuanya sempurna. Mawar tidak kisah tentang statusnya. Mawar terima diri dia seadanya sekarang. Mawar sudah biasa dengan kanak-kanak sebab Mawar ada ramai anak saudara. Jadi Mawar tidak ada masalah dengan anak Raf. Nampak cara dia menjaga anak-anaknya sangat pengasih dan penyayang. Dari situ saya tidak risau dan sangat yakin dengannya,” katanya sebelum ini kepada The Malay Mail Online.
Setakat ini, pasangan ini masih belum berkongsi maklumat penuh tentang perkahwinan mereka. Semoga segalanya berjalan lancar.