Cristiano Ronaldo kini selamat menyambut kelahiran bayi kembarnya melalui ibu tumpangan. Bahkan, bintang bola sepak Real Madrid ini juga mengesahkan yang mana teman wanitanya pula sedang hamil.
Berita tersebut mula tular di laman sosial pabila pemain bola sepak popular dunia itu memuat naik sekeping gambarnya sedang mendukung anak kembarnya. Ronaldo turut mengesahkan dirinya bergelar bapa kepada tiga orang anak selepas Portugal keluar dari Confederations Cup.
“Saya sedang berkhidmat untuk National Team, seperti selalunya, tubuh dan jiwa saya, meskipun saya tahu yang anak kembar saya sudah dilahirkan. Malangnya, kami tidak dapat mencapai objektif utama yang kami mahukan, tetapi saya pasti yang kami akan terus memberikan rakyat Portugis kegembiraan. Presiden Persekutuan Bola Sepak Portugis dan Pemilih Nasional menekankan satu sifat hari ini yang membuat saya akan sentiasa peka dan saya tidak akan lupa. Saya sangat gembira kerana akhirnya saya dapat bersama anak kembar saya buat kali pertama,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Bayi tersebut dikatakan lahir menerusi ibu tumpangan yang berada di Amerika Syarikat. Walaubagaimanapun identiti ibu tumpangan itu dirahsiakan. Kembar Ronaldo itu kini akan turut membesar bersama anak lelaki Ronaldo (yang mana tidak diketahui identiti penuhnya).
Bahkan, teman wanita Ronaldo iaitu Georgina Rodriguez dilaporkan sedang hamil lima bulan sekarang ini.