Drama Korea yang pernah menjadi satu fenomena sebelum ini, Descendants of the Sun membawakan episod cinta antara watak utama lakonan Song Joong Ki dan Song Hye Kyo dalam drama itu ke dunia nyata.
Ia kini telah diumumkan secara rasminya yang mana pasangan Song Joong Ki dan Song Hye Kyo bakal berkahwin pada bulan Oktober nanti. Berita gembira itu dikongsikan sendiri oleh agensi kepada dua bintang itu.
“Hello. Kami adalah Blossom Entertainment dan UAA.
Terutama sekali, kami ingin mengucapkan terima kasih kepada peminat dari Korea dan antarabangsa yang telah menunjukkan minat dan suka kepada Song Joong Ki dan Song Hye Kyo. Juga, kami meminta supaya anda untuk memahaminya pabila kami sampaikan berita yang mengejutkan ini.
Song Joong Ki dan Song Hye Kyo akan mengadakan majlis perkahwinan pada hari terakhir Oktober, 2017. Perkahwinan bukan hanya perkara peribadi tetapi juga pertemuan antara dua keluarga, jadi ia adalah satu situasi yang intimasi dalam banyak cara.
Tidak ada pilihan lain tetapi kami perlu berhati-hati sebelum berkahwin, dan akhirnya kami bersetuju untuk menyampaikan mesej ini. Kami meminta agar semua orang boleh memahaminya.
Kami meminta anda untuk menghantar ucapan yang baik-baik buat pasangan ini demi masa depan mereka yang indah bersama, dan kedua-dua pelakon kesukaan anda ini akan menyampaikan berita itu kepada peminat mereka secara berasingan. Terima kasih.”
Menurut kenalan rapat kepada pasangan itu, “Sebenarnya cinta mereka telah mula berputik sebelum drama Descendants of the Sun ke udara. Penggambaran filem itu bermula pada tahun 2015, jadi mula dari situ percintaan mereka bermula. (Descendants of the Sun ke udara pada tahun 2016).”
Sumber itu menyambung, “Pada awalnya tahun lalu, Song Joong Ki secara senyap-senyap menghantar snek kepada Song Hye Kyo ketika dia sedang menjalani sebuah sesi penggambaran. Ia adalah sebelum Descendants of the Sun ke udara dan krew staff di situ mula berasa keliru akan sebab kenapa Song Joong Ki berada di lokasi itu.”
Bahkan, pasangan ini dikatakan pasti akan menemani antara satu sama lain jika mempunyai jadual kerja di luar negara. Sebelum bersama dengan Song Joong Ki, Song Hye Kyo pernah menyatakan yang mana dia merasakan tidak selesa untuk menjalinkan hubungan istimewa dengan seorang yang turut bergelar selebriti. Disebabkan perasaan itu ada, Song Joong Ki berusaha dengan sebaiknya demi hubungan itu ada dan akhirnya Song Hye Kyo mula menerimanya secara terbuka.
Mereka sebenarnya tiada sebarang usaha untuk menyembunyikan hubungan mereka dari kenalan. Apabila seseorang yang mereka berdua percaya akan bertanya tentangnya, mereka akan bertindak balas secara berbeza.
Sumber itu turut menambah, “Mereka benar-benar tidak mahu berita hubungan mereka itu tersebar kepada pihak media. Itulah sebabnya Song Hye Kyo dan Song Joong Ki mendedahkan hubungan mereka menerusi akhbar secara langsung menerusi kata-kata mereka kerana mereka percaya itu adalah ihsan buat peminat.”
Turut dipercayai yang mana kedua-dua keluarga pasangan ini telah pun berjumpa. Song Joong Ki dan Song Hye Kyo bakal berkahwin pada 31 Oktober nanti.