Sesi hubungan intim bersama suami di kamar tidur pastinya lebih hangat dengan playlist yang mampu menaikkan mood seksi. EH! kongsikan di rencana ini.
Tidak dinafikan wanita yang sudah bergelar isteri mempunyai komitmen dan tanggungjawab yang membuatkan si dia penat dan adanya sehingga tidak cukup tidur. Ini sekaligus menyebabkan sesi intim kalian sebagai suami isteri sering kali ditangguhkan.
Jadi, apa kata sekali-sekala ringankan tulang dengan membantu si dia yang penat bekerja. Pabila berada di kamar beradu pula, cuba putarkan lagu-lagu ini yang mana sedikit sebanyak membantu membuatkan si dia in the mood untuk sesi hubungan intim kalian.
Rentak lagu dan lirik yang seksi sebenarnya boleh jadi pemangkin untuk gerakan kinky si dia. Untuk bantu menghangatkan malam anda, EH! himpunkan trak lagu yang berkesan untuk meningkatkan nafsu berahi suami dan isteri.