Lima bulan tempoh berkenalan antara satu sama lain membawa pasangan Malaysia-Indonesia ini untuk terus bernikah tanpa majlis pertunangan.
Engku Emran Engku Zainal Abidin, yang mana merupakan bekas suami kepada aktres terkenal tempatan, Erra Fazira dilaporkan bakal menamatkan zaman dudanya tidak lama lagi dengan pelakon menawan dari Indonesia, Laudya Cynthia Bella yang cukup terkenal dengan watak Arini menerusi filem Surga Yang Tidak Dirindukan.
Tidak mahu memberikan sebarang jawapan pabila ditanya oleh pihak media yang mula menghidu berita itu, namun akaun sosial pasangan itu seakan memberikan bayangan yang cukup kuat mengenai hari bahagia mereka itu nanti.
“Segala persiapan sedang diatur. Majlis akan diadakan secara kecil-kecilan sahaja. Keluarga Bella dari Indonesia juga akan bersama-sama untuk meraikan hari bahagia kedua-dua mereka,” kata sumber terdekat kepada Engku Emran kepada Utusan Malaysia.
Menurut sumber itu lagi, Bella akan menetap di Malaysia selepas mendirikan rumah tangga bersama Engku Emran. Difahamkan yang mana Engku Emran terus terbang ke Jakarta selepas mendapat persetujuan daripada Bella untuk menikahinya demi bertemu dengan keluarganya.
Bella dan Engku Emran mula kenal antara satu sama lain selepas diperkenalkan oleh Nora Danish dan Nedim Nazri pada bulan Mac lalu. Umum tahu yang mana Nora turut membintangi filem Surga Tidak Dirindukan 2.
Aleesya, anak tunggal hasil perkahwinan Engku Emran bersama Erra Fazira sebelum ini turut sudah bertemu dengan Bella sebelum ini. Bahkan, mereka berdua dikatakan cukup serasi bersama menurut sumber.