Aktres jelita dari Indonesia, Ralin Shah dipilih sebagai Pengarah Bebas AirAsia Indonesia. Berita itu diumumkan sendiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes.
Tulis Tony, “Pengarah baharu kami di AirAsia Indonesia, Raline Shah. Bijak, kreatif dan cukup merendah diri. Jawatan yang sudah siap bersedia untuk syarikat kami di IPO,” sebagai kapsyen kepada gambar yang dimuat naiknya bersama bintang filem Surga Yang Tak Dirindukan itu.
Raline Shah merupakan bekas Ratu Cantik kelahiran Jakarta dan kini menetap di Medan, Indonesia. Dia adalah anak kepada bekas diplomat serta ahli politik berdarah Melayu Johor.
Namun setakat ini, pihak AirAsia masih belum lagi mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung pengambilan Raline sebagai Pengarah Bebas AirAsia Indonesia.