Terkejut melihat namanya dikeratan akhbar yang mana menyatakan dirinya telah jatuh bankrap, Shaheizy Sam terus mencari jawapannya.
Shaheizy Sam mengaku yang dirinya tidak menerima sebarang notis melalui Perintah Mahkamah oleh Kerajaan Malaysia yang menyatakan dirinya sebagai seorang yang sudah diisytihar muflis.
Notis bankrap itu turut menyebut yang ia boleh diperiksa dengan melakukan permohonan kepada pihak mahkamah.
Sam mahu terus mendapatkan penjelasan daripada agen cukai yang menguruskannya. Keratan akhbar yang memaparkan namanya itu dikatakan beralamat penyerahan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Cawangan Wangsa Maju, Unit Undang-Undang.
“Saya tidak peka mengenai perkara ini. Tiada seorang pun daripada LHDN yang datang kepada saya dan tidak ada notis daripada mereka dan ejen cukai saya. Malah ejen cukai saya juga naik turun LHDN beberapa bulan lalu,” jelasnya kepada Astro Gempak.
Tambahnya lagi, wakil dari LHDN ada hadir ke rumahnya pada dua minggu lalu tetapi hanya menyerahkan notis anggaran berapa bayaran yang harus dibayar untuk tahun ini. Tidak langsung menceritakan sebarang akan perkara ini.
Sam juga memaklumkan yang kini agen cukainya sedang mendapatkan penjelasan penuh daripada pihak LHDN berkenaan notis tersebut.