Siapa dia selebriti tempatan yang duduk di barisan hadapan ketika pertunjukan fesyen KLFW2017?
Tatkala tibanya acara fesyen yang sudah menjadi acara tahunan ini, apa yang dinanti-nantikan ramai adalah melihat banjiran selebriti yang hadir selain dari pertunjukan fesyen dari pereka fesyen terkemuka tanah air. Ia sekaligus seakan satu tanda sokongan bagi selebriti ini kepada pereka fesyen tempatan untuk terus mengkaryakan lebih banyak rekaan yang berkualiti serta bercitarasa tinggi.
Jadi, siapakah antara selebriti yang duduk di barisan hadapan kala Kuala Lumpur Fashion Week 2017 berlangsung dengan jayanya selama lima hari di pusat beli-belah Pavilion Kuala Lumpur? EH! kongsikan di rencana ini.