And you, what would you do for love? Menjadi mantra cinta Dior dalam kempen terbaru Dior Love Chain.
Buat pertama kalinya House of Dior melancarkan inisiatif tular berorentasikan kebajikan yang mana mereka mahu mana-mana individu sama ada ternama atau tidak sama-sama menjawab satu soalan ringkas namun penting dalam kehidupan, “And you, what would you do for love?”.
Dior mengajak orang ramai untuk memuat naik video hitam putih berdurasi kurang satu minit di akaun media sosial mereka dengan menjawab soalan “And you, what would you do for love?” bermula 27 Ogos 2017. Mereka juga perlu sertakan hashtag #diorlovechain dan menamakan dua nama individu lain untuk menjawab soalan serta memuat naik video mereka.
Istimewanya kempen ini, setiap video yang dimuat naik (lengkap dengan hashtag), Dior akan mendermakan USD1 kepada WE Charity yakni badan kebajikan We Movement (sebelum ini dikenali sebagai Free The Children). Dior bersama dutanya, Natalie Portman mahu menyalurkan bantuan pendidikan bagi kanak-kanak di Kenya yang mana inisitaif ini dinamakan sebagai WE Schools.
Organisasi Kanada ini adalah badan kebajikan global yang menyokong pendidikan, penjagaan kesihatan serta penyediaan sumber air bersih bagi negara-negara membangun dalam usaha menentang eksploitasi kanak-kanak juga kemiskinan. Setakat ini seramai 200 ribu kanak-kanak sudah menerima bantuan pendidikan serta 30 ribu wanita dibantu untuk menjana pendapatan sendiri selain bantuan sumber air bersih.
Istimewa untuk kempen ini, Dior turut bekerjasama dengan EH! serta 17 selebriti dan personaliti terkenal seperti Awal Ashaari, Scha Alyahya, Tasha Shilla, Kaka Azraff, Anzalna Nasir dan suaminya Hanif Zaki, Elfira Loy, Sufian Suhaimi, Azira Shafinaz dan Sophia Liana daripada kumpulan De Fam, Sarah Hildebrand, Nabil Mahir, model yang juga adik-beradik iaitu Rita Suraya dan Rita Nadira, pelakon Sean Lee serta dua bintang media sosial terkenal Ain Edruce dan Naddy Rahman.
[soliloquy id=”109585″]
Bagaimana pula dengan anda? What would you do for love? Ayuh ikut serta kempen istimewa ini dengan memuat naik video anda di media sosial. Usah lupa hashtag #DIORLOVECHAIN #DIORMY dan tag @wemovement.
Jom saksikan video Dior Love Chain mereka dan ketahui sendiri apa yang mereka akan lakukan demi cinta.