Secara perlahan-lahan kini Fazura dilihat semakin giat dalam industri muzik. Kini bintang terkenal ini dikatakan bakal berduet dengan artis antarabangsa sekali lagi.
Pelakon dan penyanyi, Fazura dengan bangganya mengumumkan yang dirinya bakal kembali ke studio rakaman bersama seorang penyanyi antarabangsa.
“Alhamdulillah, saya baru menerima berita yang mana saya akan memulakan rakaman duet sekali lagi bersama seorang penyanyi antarabangsa tidak lama lagi,” selebriti popular ini memberitahu kepada pihak media baru-baru ini.
Walaubagaimanapun, Fazura tidak lagi mendedahkan siapa penyanyi antarabangsa tersebut. Menurutnya, projek duet tersebut bakal dimulakan dengan segera dek kerana lagu tersebut turut akan disertakan di dalam albumnya pada November nanti.
“Disebabkan kami ingin melancarkan album pertama saya pada bulan November nanti, rakaman lagu duet ini akan dimulakan dengan secepatnya,” jelas Fazura.
Kolaborasi itu dikatakan bakal dihasilkan oleh Universal Music Malaysia. Namun, duet ini sebenarnya bukanlah kali pertama Fazura bergandingan dengan bintang luar negara kerana sebelum ini, pelakon yang dikaitkan dengan Fattah Amin ini pernah berduet bersama Ridho Rhoma dari Indonesia untuk Bulan Terbelah Di Langit Amerika serta Filipino Jason Dy untuk lagu Nothing Like Pag-ibig.
Sebelum ini, Fazura turut pernah berkolaborasi bersama sekumpulan pemuzik Malaysia iaitu Estranged untuk lagu Hancur Aku dan Fattah Amin untuk trak lagu Cinderella.
Dalam perkembangan terbaru, Fazura kini dilihat berada di Edinburgh, United Kingdom untuk penggambaran filem yang dinantikan ramai iaitu Ayat Ayat Cinta 2 arahan Guntur Soeharjanto.