Persahabatan baik di antara Rihanna dan Katy Perry mula renggang sejak setahun ini. Bahkan, Katy Perry juga tidak turut serta di majlis amal Rihanna’s Los Angeles Diamond Ball baru-baru ini.
Umum tahu yang mana hubungan baik di antara Taylor Swift dan Katy Perry sudah tiada harapan lagi, tetapi kini persahabatan Katy dengan Rihanna pula yang beransur dingin.
Kedua-dua bintang itu dilihat tidak lagi keluar bersama lebih dari setahun dan boleh kata menjauhkan diri antara satu sama lain di beberapa majlis yang mereka hadiri.
Katy baru-baru ini dikatakan tidak hadir ke majlis amal Rihanna Los Angeles Diamond Ball dan ketika berjalan di karpet merah, Rihanna turut seakan menggali perihal seorang wanita yang dia pernah gelar sebagai salah seorang sahabat baiknya di dalam industri.
Pabila ditanya jika dia akan menyertai Katy untuk menjadi juri di musim baru American Idol, Rihanna dilihat seakan tidak teruja serta menjawab, “I don’t know, it depends on how bored I am.”
Khabar angin mengenai keretakan hubungan persahabatan di antara dua bintang ini mula tersebar apabila nama besar seperti Katy tidak hadir di Rihanna’s Met Gala Afterparty.
Penyanyi lagu Firework itu kemudian menghabiskan masa di Coachella bersama teman lain serta memberitahu mereka bagaimana sahabat baiknya itu seakan menyingkir dirinya dari hidupnya. Kedua-dua mereka meluangkan masa di berlainan festival dengan Rihanna mengabaikan pelancaran kasut keluaran Katy.
Sumber mengatakan, “Ada sesetengah teman mereka menyatakan yang mereka mula berenggang selepas Katy mula berkenal rapat dengan Orlando Bloom pada tahun lalu tetapi pada hakikatnya, tiada siapa yang tahu apa yang berlaku di antara mereka berdua.”
Sebelum ini, Rihanna dan Katy sememangnya rapat sehinggakan Rihanna juga pernah menghadiri parti bujang Katy sebelum berkahwin dengan Russell Brand.
Bahkan, dia juga menyatakan, “She’s unbelievable, unbelievable! Dia berpewatakan sebagai seorang wanita yang sangat kuat. Dia mahu berada di tempat itu kerana saya dan saya rasa saya juga sepatutnya ada disisi dia. Dia sangat terbaik dan dia adalah salah seorang rakan baik dalam industri.