Genap 20 tahun sejak buku Harry Potter and the Philosopher’s Stone diterbitkan. Buat semua Potterheads, HomeAway punya lokasi terbaik untuk anda menginap yang terletak berdekatan dengan lokasi penggambaran asal filem Harry Potter itu.
Filem bersiri yang pernah menjadi satu fenomena pada ketika dahulu ini sememangnya masih berbisa dan sentiasa menjadi tarikan ramai. Bahkan, ada di antara peminat fanatik yang sanggup terbang ke Eropah untuk mencari lokasi penggambaran filem itu.
Ia ibarat satu perkara yang mesti dilakukan ketika berada di negara empat musim itu. Di sini, EH! senaraikan 9 tempat penginapan yang berdekatan dengan beberapa lokasi penggambaran Harry Potter and the Philosopher’s Stone .