“Anda mungkin boleh terinspirasi daripada foto yang sudah tersedia ada, tetapi dengan menghasilkan inspirasi tersebut secara tersendiri, ia bakal melahirkan dimensi baharu pada proses pembikinan tersebut, dan nyata lebih mengujakan…” – Lucia Pica
Koleksi kosmetik Chanel musim luruh/sejuk 2017 melangkah masuk dengan satu eksperimentasi yang unik dan diluar akal pemikiran. Chanel Global Creative Makeup and Color Designer, Lucia Pica memulakan pengembaraanya di California dengan satu idea baharu dalam meneroka warna menerusi cahaya matahari terbit dan terbenam juga cahaya-cahaya yang bergemerlapan menerangi kota Los Angeles.