Pasangan popular di Malaysia, Izara Aishah dan Adib Khalid bakal melangsungkan majlis pernikahan mereka pada bulan November ini.
Menerusi laporan semasa, Adib yang juga anak tiri kepada penyanyi legenda negara, Datuk Siti Nurhaliza mengesahkan berita gembira itu dan menyatakan yang majlis akad nikah mereka akan dilangsungkan secara tertutup bersama tetamu yang dijemput sahaja termasuklah ahli keluarga, sedara mara dan rakan terdekat.
Manakala majlis persandingan pula akan diadakan dari sebelah perempuan dua hari selepas majlis pernikahan tersebut.
“Ketika ini kami sedang sibuk membuat persiapan dan Alhamdulillah setakat ini semuanya berjalan dengan baik,” ujar Adib kepada NST.
Baru-baru ini, ahli keluarga Adib termasuklah bapanya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa, Datuk Siti, ibu kandungnya, Datin Tengku Zawyah Tengku Izham dan yang lain-lain mengikuti sesi food tasting di Mandarin Oriental Kuala Lumpur untuk persiapan majlis resepsi pasangan itu.
Gambar sesi merasa santapan itu dikongsikan oleh ibunya menerusi laman Instagram, Tengku Zawyah. Adib dan Izara telah mengikat tali pertunangan pada bulan Julai lalu dan bakal menjalani kursus perkahwinan bersama pada hujung minggu ini.
Menurut Adib, dia dan Izara masih belum merancang di mana lokasi bulan madu mereka kerana masing-masing sedang sibuk dengan segala persiapan untuk perkahwinan.