Senarai pencalonan Grammy 2018 telah pun ke udara. Melihat padanya, ada kemungkinan Justin Bieber menang besar di acara penganugerahan itu nanti.
Justin Bieber dicalonkan dalam kategori Lagu Tahunan Terbaik untuk hasil kerjanya yang cukup hit di radio dan portal muzik iaitu Despacito dan boleh kata saingannya juga nyata sengit.
Dia juga dicalonkan dalam kategori Rakaman Tahunan Terbaik dan Persembahan Duet/Kumpulan Terbaik untuk trak yang sama. Justin mempunyai saingan hebat seperti Jay-Z, Bruno Mars dan Kendrick Lamar yang mana kesemuanya boleh kata melonjak dengan hasil kerja masing-masing pada tahun ini.
Sudah pasti Despacito adalah yang terbaik di kalangan penggemar muzik, tetapi adakah ia cukup untuk membuatkan Justin menang besar pada acara itu nanti? Kita nantikan pada 28 Januari 2018.
EH! kongsikan juga senarai penuh pencalonan Grammy 2018. Klik seterusnya.