Penjara lima bintang Arab Saudi bukan seperti yang kita gambarkan kerana penjara ini boleh dikatakan yang paling mewah dari realiti kehidupan sebenar.
Lebih dari 200 orang pesalah dari golongan elit di Arab Saudi termasuklah 11 orang putera kini ditahan di dalam sebuah penjara mewah iaitu di hotel Ritz-Carlton di ibu kota, Riyadh.
Putera Mahkota Mohammed bin Salman merupakan individu di sebalik pembersihan anti-korupsi yang dijalankan baru-baru ini ketika dia menggabungkan kuasa dalam cara Arab Saudi yang belum pernah dilihat selama beberapa dekad.
Billionaire Putera Alwaleed bin Talal, pelabur antarabangsa terkenal Arab Saudi turut ditahan di hotel ini.
Dalam laporan terkini, seorang wartawan BBC iaitu Lyse Doucet dan jurukamera Philip Goodwin menggambarkan atmosfera di dalam hotel mewah itu sebagai satu yang sangat serius.
Doucet dan Goodwin merupakan wartawan pertama yang dibenarkan di dalam hotel tersebut sejak ia berkuat kuasa, mereka diiring pegawai polis dan berpegang kepada peraturan yang ketat agar tidak merakam wajah sesiapa atau mengambil nama sesiapa pun yang ditahan di situ.
Pihak berkuasa Saudi menyatakan yang mana mereka berharap kesemua pesalah akan keluar dari hotel tersebut pada hujung tahun ini atau awal bulan Januari 2018.
“Putera Mahkota harus menutup bab ini dengan secepatnya. Jika ia berpanjangan, akan banyak lagi soalan yang akan dilontarkan,” seorang pelabur Arab terkemuka memberitahu Doucet dalam keadaan berbisik di Riyadh.
Klik seterusnya untuk lihat penjara lima bintang Arab Saudi.