Pastinya ramai tidak sabar menantikan hari perkahwinan Diraja buat Putera Harry dan aktres, Meghan Markle yang sebelum ini hanya dilaporkan bakal berlangsung pada tahun hadapan.
Putera Harry dan Meghan Markle telah meletakkan tarikh perkahwinan mereka iaitu pada 19 Mei 2018, berita itu diumumkan oleh keluarga Diraja Britain.
Pasangan itu berkongsi berita itu sekejap sahaja selepas pengumuman tentang pertunangan mereka pada hujung bulan November lalu yang mana mereka sedang merancang untuk melangsungkan perkahwinan pada bulan Mei tahun di St. George Chapel di Windsor Castle, barat London. Pada Jumaat lalu, keluarga Diraja berkongsi akan tarikh yang telah ditetapkan.
His Royal Highness Prince Henry of Wales and Ms. Meghan Markle will marry on 19th May 2018.
Today's announcement follows earlier confirmation of the month of the wedding and its location at St George's Chapel, Windsor Castle. pic.twitter.com/7pgdRM90Na
— The Duke and Duchess of Cambridge (@KensingtonRoyal) December 15, 2017
Acara perkahwinan Diraja itu bakal menjadi perkahwinan Diraja pertama sejak 29 April 2011, pabila Putera William dan Kate Middleton berkahwin di Westminster Abbey di London.
Seperti perkahwinan abangnya, Putera Harry juga dijangka bakal menarik perhatian orang ramai yang mana sejurus selepas tarikh perkahwinan mereka diumumkan pada Jumaat lalu, kamar hotel di dalam dan di sekeliling kawasan Windsor laris dan penuh tempahan menerusi Booking.com dan Expedia.