Rakamkan detik indah ketika berlibur bersama yang tersayang dengan wajah beriaskan solekan santai. EH! menampilkan tips solekan musim panas dan sejuk mudah buat mereka yang dahagakan idea!
Tips solekan musim panas
Cuaca yang panas menyukarkan solekan kekal di wajah akibat perspirasi. Namun, ia bukan alasan untuk tidak bersolek! Gunakan solekan kalis air untuk gaya wajah menawan sepanjang percutian. Tidak disarankan menyapu krim pada wajah kerana kulit akan kelihatan berminyak dan melekit. Bangkitkan mood ceria dengan rona terang atau matte sebagai pembayang mata.
Tips solekan musim sejuk
Mengembara ke negara bercuaca sejuk sememangnya mengasyikkan tetapi tidak untuk kulit yang kering. Penting untuk menggunakan bedak asas cecair atau alat solek yang dapat menghidratkan kulit. Serlahkan mata dengan pembayang mata berona terang dan tampil minimalis dengan rona lembut pada pipi. Sebagai pelengkap solekan, oleskan gincu untuk senyuman yang menawan!