Menjadi pertama yang memecah tradisi gaya keluarga kerabat Diraja England, adakah Duchess of Cambridge akan turut sama mengikuti jejak langkah bakal isteri kepada Putera Harry?
Keluarga diraja England sememangnya telah lama mengikuti protokol diraja yang ketat. Tetapi Meghan Markle dilihat seakan meletakkan undang-undangnya sendiri, lebih-lebih lagi pabila menyentuh bab pilihan berfesyen.
Tunang kepada Putera Harry ini membawa stail yang lebih bersahaja ala California ketika keluar melawat stesen radio di London bersama Putera Harry. Dia menambah seri pada gaya hariannya yang chic dengan look sanggul messy, yang mana sangat kontra dengan gaya bakal kakak iparnya, Kate Middleton yang lebih suka bersanggul kemas dan klasik.
Kate sering dilihat mengenakan hairnet pada dandanan rambutnya demi memastikan ia sentiasa kemas terletak setiap masa. Pabila ibu kepada Putera George dan Puteri Charlotte ini mendandan rambutnya, ia sememangnya sentiasa disisir kemas dan versatil.
Tetapi ada kemungkinan yang Duchess of Cambridge ini boleh terinspirasi dengan gaya kasual yang dibawa oleh Meghan, kerana beliau juga terkenal dengan stail rambut Topsy Tail, jadi boleh kata beliau tidka takut untuk mengambil risiko.
Nyata yang Meghan dan Kate bakal mempunyai peluang yang banyak untuk bertukar tip stail. Meghan telah pun dialu-alukan untuk memasuki keluarga Diraja pabila dia dilihat meluangkan percutiannya di kediaman Sandringham Ratu Elizabeth.
Pada usia 91 tahun, Ratu seakan merelakan dan lebih realistik terhadap dunia moden.