Teks : Izzati Saadin
Jika anda inginkan sesuatu yang baru dalam teknik solekan anda, mungkin mencampurkan pelbagai jenis bedak asas adalah pilihan terbaik! Atau mungkin tidak..

Melihat ramai Vlogger mempersembahkan ‘challenge’ mencampurkan kesemua bedak asas yang mereka miliki dan mengolesnya pada kulit, membuat EH! rasa kagum dan tertanya adakah trend ini cukup sekadar gimik dan for fun atau ia bisa dipraktikkan? Ya, memang hasil litupannya agak mengagumkan, kulit tampak cukup flawless dan sempurna.
Tapi sejujurnya tentu ia terasa berat pada kulit, membuat kulit sukar bernafas dan selepas beberapa jam akan mulai tampak kemasannya agak bercapuk. Seperti yang anda tahu bedak asas ini hadir pelbagai tekstur dan kemasan.
Sama ada untuk kemasan pusam atau dewy, tekstur cecair, krim atau stik. Jadi apabila digabungkan pasti memberi kemasan yang menakjubkan bukan? Trend gabungan bedak asas ini lebih kepada eksperimen, jika anda ingin cuba dan alami sendiri rasanya memakai pelbagai campuran bedak asas, cubalah!
Tapi perlu diingat kesan atau efek pada kulit berbeza-beza, ada kemungkinan akan ditumbuhi jerawat, rengsa dan gatal-gatal tapi mungkin juga tidak. Untuk ketahui lebih lanjut layari Youtube Vlogger terkenal berikut: