Biarpun bekas bintang bola sepak dunia ini sudah berpindah ke Miami, Amerika Syarikat, hubungannya sebagai seorang suami dan bapa masih lagi dijalankan dengan baik serta tidak melupakan tanggungjawabnya sebagai seorang ketua keluarga. Melihat pada video yang dikongsikan oleh Victoria Beckham, nyata sekali pasangan bapa dan anak ini cukup comel dan menarik perhatian ramai.
Victoria Beckham beruntung kerana dapat menyaksikan persembahan nyanyian duet comel yang dilakukan oleh suaminya, David Beckham dan satu-satu puteri mereka, Harper.
Pereka fesyen terkenal ini mengongsikan sebuah video yang dirakamnya di Instagram Story dengan kapsyen, “Sing-along with daddy” serta beberapa emoji gelak yang menyempurnakan kapsyen tersebut.
David dan Harper dilihat menyanyikan lagu ‘Tomorrow’ dari filem muzikal Annie ketika Victoria berdiri di luar pintu kamar mandi yang mana di mana pasangan bapa dan anak itu mengadakan konsert duet peribadi mereka.
Harper tidak hanya seorang penyanyi yang berbakat, malah juga anak comel berusia enam tahun ini juga mempunyai skil dalam sukan ski serta snowboard yang mana terserlah ketika hujung minggu lalu. Abang kepada Harper, Cruz David dan Romeo James turut serta ketika aktiviti ski tersebut. Nyata yang anak-anak David Beckham serta Victoria mempunyai banyak bakat.