Setiap wanita impikan kulit yang cantik muda remaja biarpun sudah meningkat usia. Jadi, sebelum ia terlambat, sebaiknya anda ikuti cara ini supaya kulit kekal muda lebih lama.
Sempena Hari Wanita Sedunia yang jatuh pada bulan ini bertanggal 8 Mac, THE FACE SHOP melancarkan semula rangkaian penjagaan kulit mencegah penuaan yang popular dari mereka iaitu Yehwadam sebagai tanda untuk memberi penghormatan terhadap wanita yang telah memberi impak serta inspirasi dalam kehidupan kita.
Rangkaian produk Yehwadam sebenarnya diilhamkan dari rahsia kecantikan tradisional wanita Korea. Ia berintipatikan tiga bahan semula jadi iaitu herba, tumbuhan dan bunga-bungaan dan terciptalah esen buat kulit agar kekal remaja sepanjang masa.
Ketiga-tiga bahan ini dipilih dengan penuh teliti dari kawasan yang terbersih dan suci di Korea. Dengan kehebatannya yang mencegah penuaan, ia juga digabungkan dengan kemodenan, tekstur lebih inovatif dan berformulakan dalam membantu wanita mendapatkan kulit berseri serta halus mulus.
Orang kata tidak kiralah dari segi penyakit mahupun penuaan kulit, lebih baik mencegah dari memulih. Konsep ini sama dengan penjagaan kulit wajah supaya ia kekal muda remaja tidak mengenal usia.
Demi mencapai impian setiap wanita, empat produk dari rangkaian mencegah penuaan kulit dari THE FACE SHOP ini adalah solusinya.
Dari 1 Mac sehingga 1 April 2018, dapatkan mana-mana produk rangkaian penjagaan kulit Yehwadam dan dapatkan toner Yehwadam kedua dengan diskaun 35 peratus menerusi semua stor THE FACE SHOP.
[tps_footer][/tps_footer]Yehwadam Revitalizing Moisturising line
Ia direka khas untuk kulit muda dari usia 23 sehingga 35 tahun. Rangkaian pelembap ini memberikan kulit segar kembali dengan Fresh Flower Water untuk mengembalikan tenaga pada kulit wajah yang lesu sementara memberikan seri wajah. Dengan satu-satunya sleeping pack dalam rangkaian Yehwadam Revitalizing Moisturising Sleeping Pack gel ini seakan memberi satu lapisan yang melembapkan permukaan kulit. Ia diformulakan untuk serasi dengan pH kulit wajah. Dengan hanya satu langkah, kulit akan lembut, terehat dengan sempurna serta menghidrat sepanjang malam.