Teks : Razin Mohd
Dalam pelbagai trend dan gaya pemakaian tudung hari ini pemilihan anak tudung yang tepat perlu diutamakan, lebih-lebih lagi dalam kualiti keselesaan, kesihatan dan perlindungan.
Pemakaian anak tudung yang tebal dalam kualiti yang kurang selesa memberi tekanan dan ketidakselesaan lagi-lagi dalam iklim cuaca panas dan lembap. Sakit kepala, peluh dan masalah bau antara masalah utama lagi-lagi buat wanita aktif dan sering menjalani aktiviti luar. Menitikberatkan hal kesihatan, keselesaan dan perlindungan,STAILOZ™ tampil dengan resolusi berteknologi tinggi untuk apa sahaja gaya hijab sepanjang hari.
Menggunakan fabrik berkualiti tinggi dari Jepun, STAILOZ™ mengguna pakai Titan Tech, satu teknologi Titanium Bermagnet yang digabungkan bersama zarah nano yang kemudiannya menghasilkan Polyster Titanium Cecair, langsung menempatkan STAILOZ™ Inner Hijab antara helaian anak tudung berteknologi tinggi yang pertama di Malaysia.
“Sherry percaya ramai wanita di luar sana mengalami masalah yang sama, lagi-lagi bila kerap melakukan aktiviti di luar…” – Sherry Ibrahim
Baru-baru ini EH! mendekati Sherry Ibrahim dan berbual berkenaan hal gaya dan keselesaan yang diutamakan, ternyata dia juga adalah antara pengemar tudungSTAILOZ™. Antara yang menjadi keutamaan pelakon, pengacara dan usahawan ini adalah teknologi detoksifikasi yang mampu menyingkirkan toksin dari badan dan teknologi yang boleh meningkatkan tenaga terutamanya dalam mengurangkan tekanan, kebimbangan, meningkatkan kualiti tidur dan memperbaiki tenaga pada waktu siang, sesuai dengan gaya hidupnya yang sentiasa sibuk dengan menguruskan kerjayanya.
“Saya sering terlibat dengan persembahan di luar, memakai anak tudung jenis Anti-UV adalah antara faktor penting…” – Nabila Razali
Begitu juga dengan Nabila Razali yang seringkali memilih anak tudung yang selesa dariSTAILOZ™ sebelum melangkah keluar. Dia percaya bahawa mengawal bahagian kepala dari sinaran UV yang berbahaya adalah penting, anak tudung ini bertindak sebagai perisai kulit kepala agar terlindung dari sinaran UV yang menyebabkan faktor penuaan, masalah kulit dan begitu juga dalam meneutralkan peluh dan bau secara efektif dengan membunuh kuman supaya bahagian kepala sentiasa berasa segar dan bersih.
Menambah keistimewaan pada anak tudung generasi baharu adalah ia memperbaiki sistem peredaran dengan cahaya infrared (FIR) yang meningkatkan penghidratan dalam saluran darah supaya sistem peredaran tampil lebih baik di dalam badan dan buat anda yang prihatin tentang bentuk wajah dalam penggayaan tudung, STAILOZ™ juga ruga direka khas untuk memberi ilusi wajah tampak lebih tirus.
Untuk #hijabista di luar sana, anda kini boleh menggayakan apa sahaja stail yang diidamkan sepanjang hari tanpa rasa rimas, dengan fabrik yang berkualiti tinggi ia bebas daripada toksik. Jahitan berkontur pula memastikan anak tudung melekap sempurna sepanjang hari. Tampil dalam beberapa jenis potongan anak tudung dan pilihan warna yang menarik anda kini boleh layari www.stailoz.com , facebook facebook.com/livebetterwithSTAILOZ juga instagram instagram.com/stailoz untuk gaya anak tudung yang selesa, menyihatkan lagi bergaya.