Hampir sembilan tahun mendirikan rumah tangga, akhirnya pasangan hangat dari bumi Hollywood ini mengumumkan yang mereka menamatkan perkahwinan mereka.
Pasangan kegemaran ramai yang cukup dikenali sebagai pasangan yang seksi dan penuh rasa cinta terhadap satu sama lain, Jenna Dewan dan Channing Tatum telah mengumumkan mereka akan mengakhiri perkahwinan hampir sembilan tahun mereka.
Kenyataan rasmi itu dikongsikan oleh pasangan ini melalui akaun Instagram masing-masing dengan nada yang berjenaka dan bersahaja, “Hey world! So…We have something we would like to share.”
Sebelum mereka meneruskan lagi pengumuman mereka dan menerangkan sebab di sebalik keputusan mereka ini.