Teks : Razin Mohd
Dalam mendapatkan hasil kemasan bedak asas yang sempurna bak kulit sihat semula jadi, olesan dari Diorskin Forever Undercover pasti akan menjadi teman terbaik kulit anda.
Kesan olesan bedak asas yang sekata, sihat, tahan lama dan berseri sudah semestinya menjadi idaman setiap wanita. Biarpun ada pelbagai jenama solekan dengan kandungan dan teknologi tinggi kami percaya Dior punya keistimewaannya yang tersendiri!
Peter Philips, creative and image director Dior Makeup kali ini menampilkan satu bedak asas jenis cecair dengan tekstur ringan tetapi berpingmen tinggi agar segala ketidak sempurnaan pada wajah dapat disembunyikan sempurna. Apa yang menarik tentang bedak magis ini adalah ianya sangat ringan, bagaikan tidak mencalit apa-apa pada wajah, kulit tampil segar dengan kemasan pusam. Dengannya anda tidak perlukan lagi bedak jenis kompak.
Sempena majlis pernikahan penyanyi terkenal, Yuna kami di EH! sempat mendekatinya mencuba solekan serta berbincang tentang solekan yang dia mahukan pada hari bersejarahnya.
Antara yang menjadi keutamaan Yuna pada majlis pernikahannya adalah solekan yang natural sesuai buat majlis resepsi di luar, tahan lama, tidak terlalu tebal namun tetap memberi liputan yang menyeluruh. Dengan itu Noriana berkongsi tentang kelebihan rangkaian solekan asas Dior yang digunakan, antaranya bedak asas cecair Diorskin Forever Undercover yang tahan selama 24 jam.
MICRO-FILM, MAXI COVERAGE
Diorskin Forever Undercover ini punya aras pigmen yang tinggi, malah dua kali ganda lebih berpigmen dari bedak asas jenis cecair sedia ada. Bagi mengelakkan dari solekan tampak bercapuk, ia dihasilkan dengan dari asas tumbuhan yang memberi kesan baik pada kulit wajah, Hydrophobic yang dirumuskan di dalam produk ini membantu solekan untuk tahan lebih lama di permukaan kulit.
Fasha Sandha, Sari Yanti dan jurusolek selebriti Tiar Zainal turut berkongsi produk solekan Dior kegemaran meraka. Cara pemakaian yang tepat dari bedak jenis kusyen, penyamar noda dan bedak asas dari Dior ini turut memainkan peranan dalam mendapatkan hasil kemasan kulit yang sempurna.
OPTIMUM DUO
Keistimewaan Dior Forever Undercover Foundation ini terletak pada dua jenis bedak yang digabungkan, pertama punya efek soft focus yang menyingkirkan ketidaksempurnaan pada kulit, seterusnya meningkatkan penyebaran cahaya pada permukaan kulit dan memberi hasil tapisan kabur. Kedua, menyerap lebihan sebum pada permukaan kulit dan memberi solekan yang tahan lebih lama dalam kemasan non-oily ultra-sensorial pada wajah.
Bedak cecair magis dari Dior ini boleh didapati dalam 26 warna yang padan dengan kulit wajah anda dari ton cerah hingga gelap.
DIORSKIN FOREVER PERFECT CUSHION – COUTURE EDITION
Bedak jenis kusyen ini telah membantu ramai wanita dalam mendapatkan hasil sapuan bedak yang sempurna dan berseri dalam kemasan pusam, walaupun dalam beberapa kali penggunaan bedak kusyen dari Dior ini akan terus memberi hasil sapuan berpigmen dan menyerap manfaat penjagaan kulit wajah. Tahun ini Diorskin Forever Perfect Cushion dihasilkan semula dalam bekas kulit berwarna hitam ‘cannage’ edisi terhad dan tampil dalam tujuh jenis pilihan warna.