Memecah rekod internet, mogul kecantikan ini tampil dengan gambar terkini tanpa seutas benang di laman media sosial hanya untuk mempromosikan produk wangian terbarunya.
Tidak dinafikan yang bintang realiti TV dan mogul perniagaan produk kecantikan ini sememangnya menjadi tumpuan ramai, tidak hanya dalam kehidupan seharian, malah juga di media sosial. Boleh kata, tidak terkira berapa kali agaknya Kardashian menggegar laman sesawang dan media sosial dengan gambar bogelnya.
Kardashian sekali lagi tampil mengongsikan gambar-gambarnya yang tanpa seutas benang, yang mana kali ini menampakkan payudara serta bahagian intimnya dengan misi untuk mempromosikan produk kecantikannya yang akan datang untuk rangkaian KKW Fragrance.
Rangkaian terbarunya itu digelar “KKW Body” dan bakal mula berada di pasaran bermula 30 April nanti. Aromanya dikatakan berinspirasi dari figura bintang itu sendiri.
“The next fragrance I have coming out in May, KKW Body, is so amazing. It is a sculpture, basically, of my body. It’s really cool. The scent is so good, I’m so proud of it. It smells to me like what I would think golden smells like, even though that’s a color and something that’s just luminous,” ujarnya ketika temubual bersama Business of Fashion.
Trio pertama KKW Fragrance dilancarkan pada bulan November tahun lalu dan dalam masa satu minggu sahaja ia telah habis dijual. Jangkakan rekod yang sama apabila “KKW Body” mula dipasarkan nanti.