Untuk menjadi bintang di Korea, nama memainkan peranan penting bagi individu tertentu. Ini kerana industri hiburan Korea mahu bintang berkenaan bukan saja dikenali kerana bakat bahkan dengan personaliti dan nama. Dari nama, bermulalah sebuah cerita dan coretan artis berkenaan.
Atas dasar itu, ramai bintang Korea tidak menggunakan nama mereka untuk dipentas sebaliknya menggunakan nama gelaran yang dicipta atau diperoleh sewaktu menjalani latihan sebagai bintang K-POP atau dramatis.
Pemilihan nama yang bagus juga adalah untuk mengelak dari sama nama dengan nama bintang yang sedia ada memandangkan orang Korea memiliki nama yang lebih kurang sama dan nama berkenaan boleh digunakan kedua-dua jantina. Selain itu, jikalau nama asal figura tersebut mempunyai maksud negatif, individu itu perlu menukarkan nama yang mempunyai maksud yang baik.
Bagaimanapun, ada ramai bintang Korea terutama sekali telah menggunakan nama yang pelik tapi unik. Ada juga tersalah pilih nama dan terpaksa menukarkannya. Apapun, sebilangan bintang Korea semasa di awal pengumuman nama berkenaan, ada peminat yang gelak dan mengejek namun lama-kelamaan ia diterima dan kenali ramai. Oleh itu, jom ikuti bintang Lelaki Korea yang mempunyai nama yang pelik tapi unik di sebelah.