Akhirnya, nama bayi ketiga pasangan Diraja England, Putera William dan Kate Middleton telah pun didedahkan kepada umum dan ini dia sebabnya kenapa pasangan ini memilih untuk menamakan Louis Arthur Charles.
Putera William dan Kate Middleton mempunyai banyak nama khazanah keluarga diraja untuk dipilih menjadi nama anak lelaki baru mereka. Tetapi Louis meskipun nama tersebut agak tradisional, sudah pasti ia bukan satu pilihan yang ketara kerana ia merupakan nama tengah bagi abangnya, Putera George.
Namun, penggunaan sesebuah nama dalam ahli keluarga lain bukanlah satu perkara yang jarang didengar kerana pada faktanya, Ratu Victoria turut menggunakan nama Albert (nama suaminya, Putera Albert) untuk semua nama anak lelakinya.
Nama Louis seakan memberi penghormatan buat Putera Philip, yang mana datuknya adalah Putera Louis Alexander of Battenberg, Nama itu memegang makna yang cukup besar kepada ayah William sendiri, Putera Charles, yang mana bapa saudara dan mentor kepada Earl Louis Mountbatten, yang dibunuh oleh IRA pada tahun 1979.
Louis dilihat sebagai satu nama kesukaan dan secara tidak langsung menunduk ke arah Duke of Edinburgh dan keluarga sebelahnya.
Menurut pakar sejarah Diraja, Robert Lacey, “Ia menunjukkan yang romantis nama itu berkait dengan hero dan mentor keluarga yang mana William tidak pernah ketemu iaitu bapa kepada datuknya yang terhormat. Dan mungkin, Kate cukup menikmati French flavor of Louis di Brexit sebelum ini. It’s very Champs Elysées! Louis memancarkan aroma kopi yang kuat dan fizz of champagne.“
Sebelum nama bayi ketiga ini diumumkan, nama Michael dan James (berkait dengan nama bapa dan abang kepada Kate) turut menjadi spekulasi ramai, tetapi pada akhirnya nama itu tidak dipilih.
Putera William dan Kate mengelak penggunaan nama Arthur yang telah menjadi nama popular di Chelsea dan kawasan-kawasan di London baru-baru ini. Namun, mereka turut menggunakan nama itu sebagai nama tengah.
Tambahan lagi, Arthur juga merupakan nama tradisi keluarga Diraja. Kedua-dua bapa kepada William dan datuknya, Charles mempunyai nama Arthur sebagai nama tengah. Arthur juga merupakan nama anak lelaki ketiga Ratu Victoria dan anak ketujuh serta dikatakan merupakan anak kesayangannya.