Tiada batasan dalam bersolek bila anda beraya di bandar, tapi musim ini jadikan rona-rona tanah sebagai inspirasi solekan anda di hari lebaran!
Ayuh, kumpulkan palet asli anda dan mula warnai kanvas wajah dengan mainan rona-rona tanah yang cukup chic digayakan di hari lebaran. Baik asas kulit, pembayang mata, pipi dan gincu, semuanya dari ton yang sama, pasti menawan!