Teks : Razin Mohd
Bersempena Aidilfitri yang bakal kunjung tiba ramai antara kita sudah mula menjenguk spa rawatan wajah. Tetapi sebelum itu, anda mungkin boleh mempertimbangkan rangkaian produk penjagaan wajah daripada Medicube.
Penjagaan kulit wajah sudah pasti jadi hal yang penting terutamanya untuk merai Hari Raya Aidilfitri yang bakal disambut kelak. Walaupun anda boleh samarkannya dengan solekan, namun asas kulit juga perlu dijaga supaya solekan tampak lebih #onpoint menjelang hari istimewa ini!
Memberi keistimewaan buat anda yang memiliki kulit jenis sensitif dan berjerawat, Medicube tampil dengan rangkaian Red Line yang dirumus khas untuk membaiki kulit agar tampil lebih mulus dan berseri-seri bebas jerawat mahupun cela di hari lebaran.