Video muzik Maroon 5 yang berjudul Girls Like You menampilkan squad wanita yang perkasa meskipun lagu tersebut menceritakan tentang seorang lelaki yang kedengaran seakan tidak layak disamping wanita terhebat.
Lagu tersebut tidaklah berbunyi seperti sebuah anthem memperkasakan wanita, namun video muziknya menampilkan gabungan selebriti, atlet, aktivis yang bersama menghasilkan aura kekuatan.
Penyanyi Camila Cabello yang pertama membuat kemunculan dan kemudian diikuti dengan Phoebe Robinson (2″ Dope Queens”), atlet Olimpik Aly Raisman (memakai baju T bertulis ‘Always speak your truth’), Sarah Silverman, Gal Gadot, personaliti YouTube Lilly Singh, pengasas Muslim Women’s Day Amani Al-Khatahtbeh, aktres Transparent Trace Lysette, Tiffany Haddish, aktivis imigresen Angy Rivera, advokat keadilan sosial dan pelawak Franchesca Ramsey, Millie Bobby Brown, Ellen DeGeneres, Jennifer Lopez, atlet Olimpik Chloe Kim, bintang bola Olimpik Alex Morgan, Mary J. Blige, Beanie Feldstein, aktivis Jackie Fielder, pelumba kereta Danica Patrick, ahli parlimen Somali-Amerika yang pertama dipilih Ilhan Omar, Elizabeth Banks, Ashley Graham dan Rita Ora.
Cardi B turut serta membuat kemunculan rap di dalam lagu Maroon 5 itu. Bahkan, kemunculan istimewa adalah isteri dan anak kepada vokalis utama Adam Levine iaitu Behati Prinsloo dan Dusty Rose di penghujung video muzik itu yang diakhiri dengan pelukan erat Adam buat Behati dan Dusty.
Tonton video muzik Girls Like You di bawah.