Mahukan juadah kelainan untuk berbuka puasa? Mungkin anda patut tempah sekarang untuk menjamu selera makanan ala Perancis di PAUL Pavilion yang hanya berharga RM69.90 sahaja seorang!
Ingin tahu apa yang menarik tentang kecantikan, fesyen, gaya hidup, hiburan dan banyak lagi? Sign up for our newsletter.
Mahukan juadah kelainan untuk berbuka puasa? Mungkin anda patut tempah sekarang untuk menjamu selera makanan ala Perancis di PAUL Pavilion yang hanya berharga RM69.90 sahaja seorang!
PAUL Depuis 1889 merupakan sebuah restoran bakeri berasal dari Perancis yang mana perniagaan sebuah keluarga yang sudah mencecah 129 tahun lamanya. Kini ia melebarkan sayap buat pertama kali di Malaysia dengan membuka sebuah restorannya di Pavilion KL.
Sempena bulan puasa ini, PAUL turut tidak mahu melepaskan peluang untuk menawarkan hidangan berbuka dengan tampil set juadah yang merangkumi main course dengan empat pilihan, pencuci mulut dengan tiga variasi yang perlu anda pilih, serta tiga pilihan minuman.
Antara menu yang ditawarkan untuk set berbuka ini adalah Beef Stew, Sambal Aglio Olio with Seafood, Lemon Cake, Bread & Butter Pudding dan lain-lain lagi yang cukup menyelerakan.
Tidak terhad dengan menu berbuka ini sahaja, malah menu ala carte juga boleh dipesan seperti biasa jika anda mahukan kelainan dan mencuba menu mereka yang tidak ditawarkan dalam pakej berbuka ini.
Input your search keywords and press Enter.