Hadir dengan 24 rona yang cukup menggiurkan, Laura Mercier menjanjikan litupan penuh dengan keselesaan berpanjangan serta bertahan sepanjang hari.
Laura Mercier menampilkan koleksi lipstik baharu, Velour Extreme Matte yang mempunyai rona, konsep matte dan kawalan yang cukup ekstrem. Dihasilkan dengan tinggi pigmentasi, ronanya mampu memberikan litupan sempurna hanya dengan sekali palitan.
Bahkan dengan inovasi matte yang digabungkan bersama pelembut silky menjadikan ia cukup selesa dengan kemasan terakhir yang matte tanpa memberikan kesan kering dan kulit merekah.
Dengan rekaan mata halus ia memudahkan penggunaannya pada permukaan bibir, menjadikan ia lebih senang untuk dicalitkan dan memenuhi bentuk bibir. Ia juga sesuai untuk mendapatkan hasil edgy dan ekstrem setiap hari. Say goodbye to lip liner!
Yang hebatnya lagi, ia berformulakan untuk kegunaan yang bertahan berpanjangan, tidak mudah comot, tanpa pewangi dan kalis air.
Turut hadir dengan pengasahnya, anda boleh terus mengasah mata lipstik menerusi penutup bottom lisptik tersebut.