Pernahkah anda mengalami situasi di mana anda sedang memandu kenderaan dan kemudian terlelap hanya seketika iaitu beberapa saat?
“Microsleep” adalah keadaan dimana badan manusia ‘tidur’ buat seketika. Segala input daripada deria penglihatan dan pendengaran tidak dapat diproses otak. Ia berlaku dalam tempoh antara satu hingga 30 saat. Microsleep juga boleh terjadi walaupun mata anda masih terbuka. Keadaan ini boleh dibandingkan dengan sebuah komputer, iaitu otak seseorang telah “shut down”.
Pada kelajuan 70km/h, microsleep yang terjadi selama tiga saat boleh menyebabkan kenderaan menyusur tanpa kawalan sejauh 200 meter. Dalam jarak berkenaan, nyawa manusia boleh melayang dalam sekelip mata sahaja. Bayangkan apa yang boleh berlaku apabila kenderaan dipandu pada kelajuan 100 km/h.
Namun, seringkali pemandu memikirkan dirinya kebal dan menganggap kemalangan hanya berlaku pada orang lain hanya kerana kereta sudah diperiksa dan mempunyail skil memandu yang baik. Keinginan untuk bersama keluarga tersayang yang terpisah buat sekian lama dijadikan motivasi untuk gagah memandu walaupun sudah terlalu mengantuk.
Ada yang berpendapat jika kenderaan dipandu dengan laju, akan menyebabkan kurang mengantuk kerana kesan adrenalin yang meningkatkan upaya dimana badan bersedia untuk menghadapi keadaan yang membahayakan diri. Manakala jalan yang berbengkang – bengkok seperti di Lebuhraya Karak akan menghilangkan rasa mengantuk kerana pemandu lebih fokus dengan kerana keadaan jalan.
Dua fakta di atas hanya mengundang bahaya. Sistem badan akan leih penat dan akhirnya boleh menyebabkan microsleep yang lebih lama.
Cara Elak Microsleep
1. Berhenti
2. Letak kereta di tempat yang selamat.
3. Kemudian tidur.
Tak perlu untuk tidur terlalu lama. Lima minit juga sudah mencukupi. Ulang setiap kali anda mula berasa mengantuk. Berhenti berehat setiap dua jam bagi mereka yang memandu untuk pemanduan jarak jauh. Untuk penumpang hadapan pula, jadilah penumpang yang baik. Apabila perjalanan bermula janganlah hanya tidur sahaja atau mendengar lagu.
Cuba lakukan beberapa perkara ini: