Justin Bieber kini dilaporkan kembali menjalin hubungan bersama Hailey Baldwin. Berita ini mula tersebar pabila mereka memaparkan diri mereka bersama menerusi laman sosial media.
Khabar angin mengenai pasangan ini kembali bersama mula hangat pada awal tahun ini dengan gambar-gambar mereka dikatakan bermesraan di Brooklyn yang hanya tersebar pada minggu lalu. Dan kini seakannya Bieber secara rasminya telah memaparkan kekasih barunya itu di akaun Instagramnya.
Menerusi sebuah video clip kasual yang dikongsinya, Bieber memusingkan kameranya ke arah Baldwin yang duduk di sebelahnya. Boleh kata mereka tiada apa lagi yang mahu diselindungkan.
https://twitter.com/TheJBCrewdotcom/status/1010621436233478146
Sememangnya ini bukanlah kali pertama Baldwin tampil di Instagram Bieber. Minggu lalu, pabila gambar mereka bermesraan tersebarm Bieber dalam masa yang sama berkongsi sekeping gambar yang mana menampakkan Baldwin di belakangnya.
https://www.instagram.com/p/BkIQqtIjQmE/?taken-by=justinbieber
Pada tahun 2014, kecoh akan berita pasangan ini berpacaran, namun ia tidak sampai tahun 2016 mereka kekal bersama. Sepertinya tahun 2018 bakal memekarkan semula hubungan mereka yang terputus sebelum ini.
Menurut sumber menerusi portal People, Bieber kini sudah move on dari hubungannya yang terputus dengan Selena sebelum ini.
“Dia kini solo dan tidak menjalinkan sebarang hubungan serius dengan sesiapa. Dia dalam keadaan yang baik. Justin telah mengenali Hailey selama beberapa tahun. Hailey juga turut sama dengan sesi di gereja bersama Justin. Dia suka keluar bersama Hailey. She is a wonderful person. Mereka gembira bersama tetapi mereka tidak menjalinkan sebarang hubungan istimewa. Mereka adalah dua orang individu yang menikmati waktu bersama. Justin dikatakan tidak berhubung dengan Selena pada ketika ini. Dia dilihat baik-baik sahaja,” kata sumber.