Tertanya-tanya bagaimana terdetiknya hubungan antara Putera William dan Kate Middleton? Ketahuilah yang mana mereka punya rahsia yang tidak siapa tahu di sebalik hubungan cinta mereka.
Sudah menjadi pengetahuan umum bagaimana Duke dan Duchess of Cambridge jatuh cinta sewaktu mereka menuntut pengajian di Universiti St. Andrews dan kisah cinta mereka menjadi umum dari peringkat awal perkenalan mereka lagi.
Sehinggalah tiba waktunya mereka disatukan sebagai suami dan isteri pada 29 April 2011 dalam sebuah majlis perkahwinan yang indah bak fairytale. Namun disebalik semua itu, tidak ramai yang mengetahui kisah-kisah tersorok yang mereka terpaksa lalui untuk kecapi kebahagiaan ini. EH! himpunkan enam rahsia di sebalik hubungan Kate Middleton dan Putera William.