Seakannya pasangan Diraja Putera Harry dan Meghan Markle bakal berpindah ke istana baru yang bakal menjadi kediaman mereka. Ianya dihadiahkan oleh Ratu Elizabeth II buat mereka.
Di mana Putera Harry dan Meghan Markle bakal berpindah selepas ini? Sementara waktu pasangan ini telah menjadikan Nottingham Cottage yang bersaiz 1,300 kaki persegi, mempunyai dua kamar tidur yang terletak di kawasan Istana Kensington sebagai rumah pertama mereka. Namunkini mereka bakal menambah sebuah lagi hartanah baru ke dalam koleksi mereka.
Ratu Elizabeth II menghadiahkan Adelaide Cottage di estet Windsor Castle kepada Harry dan Meghan, menurut laporan Mail pada hujung minggu lalu. Namun, berita itu masih lagi belum disahkan lagi oleh pihak Istana Kensington.
Kotej tersebut merupakan bekas kotej milik Peter Townsend, kekasih popular kepada mendiang adik perempuan kepada Ratu Elizabeth II iaitu Puteri Margaret.
Kediaman itu dibina dengan pendiangan marmar Greco-Egyptian dan sebuah kamar utama bercirikan siling dihiasi ukiran dolfin dan tali yang diinspirasikan dari kapal layar Royal George menurut Historic England.
Adelaide Cottage juga akan membawa makna istimewa buat pasangan pengantin baru yang berkahwin pada bulan Mei lalu di St.George’s Chapel, berlokasi di persekitaran Windsor Castle.
“Windsor is a very special place for Prince Harry, and he and Ms. Markle have regularly spent time there during the last year,” kenyataan Istana Kensington sebelum ini.
Sebelum ini turut dilaporkan yang mana Ratu Elizabeth II ada memberi cicitnya dan pasangannya itu York Cottage yang terletak di Sandringham Estate sebagai hadiah perkahwinan menurut The Daily Mirror. Ratu Britain ini dikatakan suka menghadiahkan kediaman, sebelum ini dia menghadiahkan Anmer Hall yang juga terletak di Sandringham kepada Kate Middleton dan Putera William.
Khabar angin ada juga tersebar yang mana Meghan dan Harry telah menandatangani dua tahun pajak untuk sebuah estet di Cotswolds, kira-kira 90 minit dari luar London. Penduduk tempatan menyatakan yang mana pasangan diraja itu mungkin menetap di kawasan Great Tew.
Nottingham Cottage yang mana pernah menjadi kediaman pengasuh kepada Ratu Elizabeth iaitu Marion Crawford mendapat nama dari bangunan asal istana. Sementara itu, ia juga terkenal sebagai sebuah istana yang mana mendiang Puteri Diana pernah menetap beberapa tahun sebelum mangkat dan di mana William dan Harry dibesarkan di situ, istana itu pada asalnya terkenal sebagai Nottingham House, sebuah rumah agam yang William III beli pada tahun 1689.
Dia mencari sebuah kediaman jauh dari River Thames. Ia merupakan rumah utama yang berdaulat sehingga 1760, pabila George II mangkat di situ. Ratu Elizabeth II turut dilahirkan dan dibesarkan di situ.
Kerabat diraja Britain ini mempunyai ramai ahli keluarga yang terdekat di Istana Kensington. Untuk permulaan, Kate dan William menetap di Apartment 1A. Pasangan ini kemudian berpindah ke kediaman 22 buah bilik pada tahun 2012 selepas mengumumkan hamil kali pertama.