Seperti tahun lalu, pereka fesyen terkenal tempatan Melinda Looi akan tampil dengan kerja-kerja amal. Tahun ini ia menganjurkan sarkas untuk mengumpul dana dalam membantu badan-badan kebajikan.
Bermula tahun lalu, Melinda Looi mengadakan majlis amal untuk kanak-kanak (Charity for Children ♥) dengan membayar jasa komuniti serta menjemput 10 buah rumah dengan kanak-kanak yang kurang bernasib baik yang mana lebih dari 500 orang kanak-kanak. Ia cukup berjaya dan disebabkan itu, mereka ingin meneruskannya untuk tahun ini yang mana bakal berkolaborasi bersama LGB untuk menjadikan acara itu lebih bersemangat dan dapat mengumpul dana bantuan.
Untuk kali ini, ia bakal menjadi usaha sama dengan Le Tresor, LGB Group dan Melinda Looi. Malam pengumpulan dana itu dipanggil The Greatest Show in Town yang akan bergabung dengan Circus Show antarabangsa, persembahan khas dari Jaclyn Victor dan Ayda Jebat serta lelongan amal, segalanya bertujuan untuk meraih dana untuk rumah-rumah kebajikan.
Ia bakal diadakan pada 24 Ogos nanti bertempat di Desa ParkCity, Kuala Lumpur pada jam 7.30malam. Dengan satu tiket pembelian untuk Fundraising Night paa 24 Ogos nanti bermakna anda akan membantu satu tiket untuk kanak-kanak kurang bernasib baik untuk datang ke Swiss Dream Circus yang mana akan berlangsung pada 25 Ogos.
Dana yang terkumpul menerusi setiap pembelian tiket akan disalurkan terus ke rumah kebajikan. Tiket ke Fundraising Night kini dibuka untuk jualan menerusi link ini http://bit.ly/SDCxMLxLGB . Ia dijual berlainan harga bergantung pada kategori tempat duduk. Bermula RM78 sehingga RM298, anda akan dapat menyaksikan persembahan sarkas pada mana yang sama beramal untuk mereka yang memerlukan bantuan.
Jika anda berminat untuk memberikan lebih dana bantuan, mereka juga menawarkan tempat duduk VVIP ring dari harga RM1000 sehingga RM3000. Tiket VVIP turut termasuk dengan canapes sebelum persembahan bermula di kawasan yang akan dimaklumkan, tiket VVIP ini tidak dijual di atas talian dan anda boleh lihat pada peta di bawah serta boleh hubungi terus di nombor 012 8750 899 untuk membuat tempahan.