Nurul Zuriantie Shamsul, gadis muda berdarah Malaysia-Indonesia ini berjaya menduduki tempat ke-5 dalam pertandingan merebut takhta Miss Universe New Zealand 2018.
Berjaya memasuki pusingan terakhir, Nurul nyata mengharumkan nama negara biarpun berada di tangga yang ke-5. Bukan itu sahaja, malah Nurul yang berusia 20 tahun turut menjadi peserta pertama yang memakai hijab.
Nurul yang dilahirkan di Malaysia, hasil perkahwinan bapanya yang mana warga Malaysia serta ibunya pula warga Indonesia menyatakan rasa bersyukur kerana dirinya berjaya di sampai tahap tersebut.
“Alhamdullilah. Saya sangat gembira. Ia adalah satu pengalaman yang terbaik yang mana membantu diri saya sendiri,” ujar Nurul kepada portal The Star BM.
Katanya lagi, momen yang paling terbaik buatnya adalah pabila dia dapat melihat kedua-dua ibu bapanya sangat berbangga dengan keputusan yang diperolehi. Dia turut berterima kasih kepada semua yang menyokongnya dengan mengatakan “Ia tidak akan terjadi tanpa sokongan dan sayang anda semua. Saya bersyukur kepada Allah yang memberikan saya peluang ini dan membantu saya sehingga ke tahap ini.”
Menerusi sebuah temubual bersama The Jakarta Post sebelum Nurul memasuki pusingan akhir pencarian Miss Universe New Zealand 2018, Nurul turut menyebut kemungkinan dirinya berjaya memasuki pusingan akhir.
“Jika saya menang Miss Universe New Zealand, saya tidak hanya mewakili negara, saya juga mewakili rakyat Malaysia, Indonesia, Islam, wanita yang berhijab dan golongan minoriti. Jika saya menang, saya juga akan jadi wanita berhijab pertama yang berjaya mengungguli pentas Miss Universe,” ujarnya.
Nurul turut mengatakan yang mana penyertaannya dalam pencarian ratu cantik ini bakal memberikan wanita di seluruh dunia lebih banyak peluang.
“Ia sentiasa menjadi sebab untuk memecahkan sempadan dan stereotaip seiring dengan kecantikan,” jelas pelajar lepasan bidang psikologi itu dengan menambah yang mana ramai menghantar pesanan kepadanya menyatakan yang mereka sangat gembira pabila Nurul memasuki pertandingan tersebut kerana kini sekurang-kurangnya dia boleh menjadi seseorang yang boleh dikaitkan kelak.
Bahkan, Nurul mengatakan yang mana hijab tidak menjadi penghalangnya dalam situasi apa pun, serta menjelaskan yang mana ratu cantik tidak hanya tertakluk pada kecantikan fizikal semata.
Pabila ditanya tentang segmen pakaian mandian ratu cantik, Nurul menyatakan yang mana penganjur telah pun menggantikan “live bikini round” dengan penggambaran kalendar sejak enam tahun yang lalu.
“Namun, untuk penggambaran kalendar, kami diberi pilihan untuk memakai pakaian mandian atau pakaian bersukan. Tahun ini, mereka memberikan saya sesuatu yang modest untuk dipakai,” jelasnya.
Walaupun telah berpindah ke New Zealand sejak usianya lima tahun, Nurul digalakkan untuk berpegang pada tradisi seperti bertutur dalam bahasa Melayu atau Indonesia.