Nak kenal siapa individu-individu yang paling berpengaruh dalam industri fesyen global? Kenali mereka menerusi artikel ini.
Long gone zaman Instagram hanya dianggap sebagai landasan untuk anda kongsikan gambar-gambar harian, #food, #cats, #OOTD dan sebagainya apabila generasi influencer mula naik dan menjadi antara tarikan utama buat jenama-jenama besar untuk membayar individu-individu ini untuk mempromosikan produk mereka melalui pos tajaan a.k.a #ads atau #sponsored.
Dengan jutaan pengikut di Instagram, it is no surprise jenama-jenama ini memilih untuk melaburkan wang mereka dengan menggunakan pengaruh golongan influencers dunia fesyen. Laman sesawang Hopper telah membuat senarai terperinci 10 akaun Instagram paling berpengaruh dalam industri fesyen yang melibatkan nama-nama besar seperti Bella Hadid, Emily Ratajkowski, dan Chiara Ferragni antaranya. What would you do jika satu post anda di Instagram akan dibayar RM18,570 (nilai yang diterima oleh individu di tangga ke-10)?