Teks : Razin Mohd
Baru-baru ini kami di EH! berpeluang untuk mengembara ke utara dengan panduan efisien, cermat dan bergaya.
Pengembaraan kami yang bermula pada awal hujung minggu bulan lepas ke Pulau Pinang tampil dalam pemanduan yang selesa dan menjimatkan, ini adalah kerana kami memandu Honda City Sport Hybrid serba putih yang hadir dengan beberapa fungsi baharu, mesra guna juga ranggi untuk dipandu sekitar kota!
https://www.instagram.com/p/Bme-aZ-A2j-/?taken-by=shanerohaizad
Sekitar Gorge Town Penang
Pemanduan selama empat jam dari Kuala lumpur merupakan satu pengembaraan yang pantas dan cermat, ini adalah kerana fungsi Cuise Control dan Sport mode yang ada di dalam kenderaan mesra bumi ini memberi ruang keselesaan semasa perjalanan jarak jauh.
Penang Air Itam Laksa
Penang sememangnya sudah terkenal dengan kota yang kaya dengan menu makanan yang menyelerakan, kami sekumpulan banyak menghabiskan masa dengan meneroka lokasi makanan terbaik sekitar kota penang. Datang bersama dengan enjin 1.5L, pemanduan kami tampil menjimatkan dengan fungsi ECON Mode yang mengurangkan penggunaan minyak.
https://www.instagram.com/p/BmXCaSmg5hv/?taken-by=shanerohaizad
China House Penang
Masih mengekalkan rekaan yang sama, Honda City edisi Sport Hybrid ini turut datang dengan sistem i-DCD yang boleh menukar mod elektirk kepada mod sport supaya pemanduan anda tampil lebih lancar sama seperti kenderaan enjin 1.8L. Begitu juga dengan prestasi Vibration and Harshness (NVH) yang dinaiktaraf menjadikan ia kurang gegaran dan bunyi.
Honda City Sport Hybrid boleh didapati dalam tiga jenis warna White Orchid Pearl, Lunar Silver Metallic dan Modern Steel Metallic, untuk keterangan lanjut sila layari www.honda.com.my