Teks : Razin Mohd
Kolaborasi EH! bersama Dior kali ini lebih besar dan lebih ‘riang’, ini adalah kerana kami kumpulkan sepuluh selebriti wanita yang seringkali menghiasi majalah EH! dalam satu kempen kolaborasi EH X JOY by DIOR.
Dua puluh tahun sudah berlalu selepas kelahiran J’adore pada tahun 1999, ia merupakan satu wangian yang cukup anggun dalam botol emas serba mewah yang kami percaya masih menjadi kegemaran ramai. Tahun ini, Dior tampil dengan satu haruman baharu dengan rekaan lebih bold JOY. JOY melambangkan ekpresi kegembiraan yang boleh dilihat pada wajah juga gerak geri tubuh, wangian ikonik baharu dengan haruman bunga dan sitrus dalam satu botol lutsinar serba merah jambu!
Kami bertanya kepada setiap dari mereka, apakah nilai JOY menurut mereka, jawapan yang kami terima datang dari perspektif yang berbeza-beza.