Teks : Azliany Mohamad
Tinggal beberapa hari lagi menjelang konsert dua kumpulan sensasi dari Korea iaitu iKON dan WINNER.
Pasti ramai peminat fanatik kumpulan ini sudah tidak sabar untuk menyaksikan persembahan hebat secara langsung di depan mata. Konsert yang akan berlangsung pada 13 Oktober (Sabtu) dan 14 Oktober (Ahad) selama dua hari berturut-turut pada pukul 6 petang.
Berita baik untuk semua peminat, pihak penganjur telah menyediakan bas shuttle percuma antara stesen KTM Batu Tiga dan Stadium Malawati yang bermula pada pukul 10 pagi hingga 9.30 malam pada kedua-dua hari konsert berlangsung. Caranya mudah, bas-bas berkenaan akan menunggu peminat di hadapan pintu masuk Stesen KTM Batu Tiga sebelum bergerak ke destinasi, Stadium Malawati, Shah Alam. Ia bertujuan untuk memudahkan para peminat untuk menghadiri konsert.
Bagi yang belum mendapatkan tiket, anda masih boleh membelinya di www.ticketcharge.com.my. Setiap pembelian akan mendapat poster rasmi sebagai tanda penghargaan. Untuk pengetahuan anda tiket berharga RM373 (Zon Hijau) dan RM273 (Zon Biru) telah habis dijual. Tiket berharga RM693 (zon iKONIC/ zon INNER CIRCLE), RM673 (zon merah), RM573 (zon kuning) dan RM483 (zon ungu).
iKON ID video
https://www.facebook.com/MacpiePro/videos/324741974958166/
WINNER ID video
https://www.facebook.com/MacpiePro/videos/417251545467036/